Monday, February 11, 2008
gula-gula strawberry from Cameron Highland
- thx to maryam


ini adalah makanan lunch kami yang di taja oleh kak yati.
This food name is Kacang Pool from Singapore.


second scrapbook i received..xtau la nak pilih mane. aduhai!


tangan nina n aku makan gila kentang! :)


konon-konon nak wat iklan la ni
(khamis)
Hari ni cuti chinese new year. Aku bangun cm biase la lambat banget. Ari ni panas betol. Da la aku kebosanan tak tau plak nak wat ape. Tengahari tu aku gi la lepak umah nina untuk menghilangkan kebosanan. Makan ice-cream lagi. sedap sedap..hehe. Pastu kitorang terasa plak kelaparan. Gi lunch kt kampung baru. Sebelum tu singgah umah dex amek die join makan skali. Sampai kat tempat makan tu kene beratur plak nak makan. Ramai gak la orang arini. Cuti umum la katekan. Sume org malas nak masak so makan kt luar je la..heehehe. Pas makan ktorg pusing-pusing titiwangsa tgk orang merendek pastu terus balik umah. Ptg dalam pukul 5 aku gi amek nina ktorang lepak minum-minum kt kedai kuning dekat shamelin. Hari kami sungguh la baik sebab member dex, deng blanje kitorang. Nyesal lak aku xmakan. Just minum Fresh orange je..huhuhu. Abes minum, balik umah la..

(Jumaat)
Cuti Chinese New Year gak..Arini aku and dex kena anta nina balik shah alam. Kitorang gerak lepas sembahyang jumaat sebab nak tunggu dex yang sungguh alim balik sembahyang jumaat. terharu aku ngan kwn aku tu. Muka nmpak jahat, tapi ade gak keinsafan..hehehehe. Sampai je shah alam kitorang terus gi Section 9 pau nina makan McD. Time nak anta nina balik kay umah die tu kt Section 7 mmg ujan agak lebat la. Nak tak nak kene la redah. takkan nak duk kt Mcd tu sampai malam..bosan la wey.. (:
Balik pas anta nina terase lak kebosanan so kitorang gi la pavilion.jalan-jalan je sebab saje nak bawak dex tu.die kate xpenah pergi ag. xtau la kan.aku pun ngan bosan so layan je la..:) kejap je kitorang jalan pavilion. dalam satu jam je pastu balik la. Malam tu aku lepak kat umah je wat report untuk bungalow.


(Sabtu)
Arini cam biasa dan terbiase aku pasti akan bangun lambat. Weekend la katekan. Mmg aku dah set dalam kepale kalau weekend kena bangun lambat kecuali kalau nak gi lepaking or dating or ada pape event kena la aku bangun awal. Lepas anta nanat gi Times Square aku kuar kejap ngan zaki gi beli susu weight gain. Adik aku sorg tu nak membesar la katekan. Mula-mula aku gi guardian, harga susu tu dalam RM 66 pastu aku jalan-jalan la jap kt watson. Harga mmg beza gile la..kt watson bleh dapat RM46 je. Nasib baik aku tak beli kat guardian tadi. Oleh sebab harga kt watson lagi murah aku suruh la adik aku grab.hehehe. Bli susu + ngan coklat favourite aku sebagai upah.. :)
Dalam pukul 5 lebih aku hantar zaki gi Hentian Duta sebab dia dah nak balik Ipoh. Malam tu aku sambung wat report je. Bosan tol ngan report ni.


nice kan scrapbook ni.tapi ni baru sample. aku suruh tukar sket lagi sebab rase cam xde fun sgt.

(ahad)
Tidak seperti kebiasaan, aku bangun awal sket arini even smlm aku tdo lambat kul 4am. Bangun je aku terus ngadap komputer. sambung wat report. And arini aku dapat scrapbook yang aku tempah. nice tapi ade sumting wrong..tapi aku tak tau la ape. Takkan keceriaan kami kot yang kurang. Aku pun tak pasti apakah.. (: Aku ade jemputan birthday party mama anis arini. tapi sebab aku tak de member and tak de duit nak beli present (kena bawak) so aku pun just sampaikan birthday wish dalam message je. Ok la tu kan daripada aku tak ingat.hehehe. Petang tu aku lepak mapley kat nurin je pastu sempat beli seluar slack kat bawah carrefour tu. Gi mapley ngan Intan and bf dia, Faisal. Lepas penat melepakkan diri kami pun berangkat ke pasar malam dekat taman maluri. Intan belanje makan laksa. nyum nyum sedap gak la.. Aku beli cendol untuk mama je sebab dari semalam mama tanya kt mane ade jual cendol. Da alang-alang aku beli la. Lepas dah kenyang, balik rumah. Malam tu aku siapkan report yang lame betol nak disiapkan. Nasib baik siap tau sebab arini dah nak submit. Seperti biasa gak berlaku perselisihan faham aku dgn bf aku tu. Aku pun tak tau la recently ni dia banyak sangat berubah. Nak tak nak aku telan je la hidup-hidup walaupun perit. Rasa tawar hati pun ade gak tapi dia suruh tambah garam kalau nak rasa masin or tambah gula kalau nak rasa manis.. pe kehe? Ade ke patut?

posted by Myra at 10:28 AM | 0 comments